Wednesday, July 16, 2008

LAGU SEKOLAH

SEKOLAH MUHAMMAD JABAR TEMPAT KAMI BELAJAR
TEKADKAN BERJANJI
JUGA TERUS BERUSAHA
DAN TERUS BERUSAHA

MENGEJAR CITAKU
MEMBELAI NEGARA
SEKOLAHKU BERJAYA
TERUSKAN BERJASA

TAK LUPA JASA GURUKU
DAN JUGA IBU BAPA
BERLANDASKAN LIMA PRINSIP
RUKUN NEGARA
ITU YANG UTAMA

TAK LUPA JASA GURUKU
DAN JUGA IBU BAPA
BERLANDASKAN LIMA PRINSIP
RUKUN NEGARA
ITU YANG UTAMA
INISIATIF, INOVATIF
DAN JUGA KREATIF
KE ARAH KEGEMILANGAN
SEKOLAHKU YANG CEMERLANG

MISI SEKOLAH


UNTUK MEMBERI PENDIDIKAN RENDAH YANG BERKUALITI SECARA BERTERUSAN KEPADA PELAJAR DENGAN PENUH KASIH SAYANG DAN DEDIKASI BAGI MELAHIRKAN INSAN YANG CEMERLANG, BERILMU DAN BERAKHLAK MULIA

VISI SEKOLAH


SEKOLAH KEBANGSAAN MUHAMMAD JABAR MENJADI SEKOLAH CEMERLANG NEGERI PAHANG

LENCANA SEKOLAH


PENERANGAN LAMBANG

PERISAI – MELAMBANGKAN JATIDIRI MURID
KOMPUTER – MENUNTUT ILMU SECARA BERTERUSAN
MSC - SKMJ MEMASUKI DUNIA TANPA SEMPADAN.
BUKU - ASAS ILMU PENGETAHUAN SECARA TRADISI.
BIRU - MELAMBANGKAN KEHARMONIAN.
MERAH – BERMAKSUD KETABAHAN DAN KEBERANIAN
BAGI MENGHADAPI CABARAN DAN
PENGHIDUPAN MASA DEPAN.
KUNING - MELAMBANGKAN PEMERINTAHAN BERAJA BAGI
NEGARA MALAYSIA.




SEJARAH SEKOLAH







SK Muhammad Jabar adalah sebuah sekolah berlokasikan luar bandar dengan jarak perjalanan sejauh 16 kilometer daripada bandar Raub. Sejarah asal penubuhan sekolah ini adalah pada tahun 1901 dengan nama Sekolah Kebangsaan Dong Raub Pahang.Guru besarnya yang pertama adalah Muhammad Jabar bin Haji Kadir (1901-1912). Sehingga kini 28 orang guru besar telah bertugas di sekolah ini.
Pada 22 Mei 1983, Sekolah Kebangsaan Dong telah diberikan nama baru iaitu Sekolah Kebangsaan Muhammad Jabar yang diambil sempena menghormati guru besarnya yang pertama.Pertukaran nama sekolah ini telah disempurnakan oleh Datuk Dr.Sulaiman bin Haji Daud iaitu Menteri Pelajaran Malaysia.Upacara ini dilakukan sempena Perayaan Jubli Intan SKMJ dan perasmian bangunan baru sekolah ini.
SK Muhammad Jabar telah dikategorikan sekolah gred A.Rata-rata muridnya adalah terdiri daripada anak-anak petani dan kakitangan kerajaan.Enrolmen murid sekolah ini terdiri daripada 220 murid lelaki dan 199 murid perempuan .Ada sebanyak 16 buah kelas termasuk kelas Prasekolah dan Kelas Khas Bermasaalah Pembelajaran (KKBP).Tenaga pengajarnya pula terdiri daripada 29 orang guru dan dibantu 5 orang staff sokongan.


Bermula dengan bangunan yang digelar ‘ Bangunan Balik Angin ’,
SK Muhammad Jabar telah berkembang menjadi satu institusi pembelajaran yang lengkap dengan kemudahan asas dan mempunyai 8 blok bangunan termasuklah 2 blok bangunan 4 tingkat yang baru dibina dan telah digunakan..
Pada tahun 2001 genaplah 100 tahun usia SK Muhammad Jabar Dong Raub Pahang.Dengan ini diharapkan SK Muhammad Jabar akan menjadi sebuah institusi pendidikan yang cemerlang selaras dengan visinya "MEWUJUDKAN SEKOLAH CEMERLANG "